Monday, 7 January 2013

SEJARAH THE BEETLE

    Penubuhan The Beetle adalah pada 10/09/2012 melalui cabutan undi semasa didalam kelas. The Beetle dianggotai oleh 7 orang lelaki dan 7 orang perempuan. Hasil daripada perbincangan antara ahli kumpulan maka kami sepakat untuk memilih nama THE BEETLE sebagai sebagai nama kumpulan.

     Bertemakan kereta jimat minyak dan pemuliharaan alam sekitar, kami  telah memilih konsep "URBAN" sebagai cabaran untuk merekabentuk kereta berdasarkan spesifikasi Shell Eco-Challenger yang telah ditetapkan pada kali ini. Proses pembuatan dan merekabentuk kereta ini adalah selama 14 minggu bermula pada 10/9/2012-24/12/2012.

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN PROJEK

        Berikut adalah Carta Organisasi Pengurusan bagi projek rekacipta pada kali ini. Bertemakan Shell Eco-Challenger, projek ini telah diuruskan oleh En.Yusri Bin Kamin sebagai Penaung dan juga Pensyarah yang bertanggungjawab dalam mengawal serta menyelia setiap aktiviti dan pelaksanaan projek ini. Beliau dibantu oleh 4 orang tenaga pakar iaitu En. Shafeai B. Sukirman (Penasihat Bahagian Rekabentuk), En. Zainal Abidin B. Tukiman (Penasihat Bahagian Automotif), En. Ros Iskandar Zulkarnain B. Mansor (Penasihat Bahagian Pembuatan) dan En. Yusri (Juruteknik - tiada dalam gambar). Keempat-empat tenaga pakar ini bertanggungjawab dalam membimbing kami serta memberikan tunjuk ajar dalam membuat serta merekabentuk kereta yang akan kami hasilkan sepanjang tempoh yang telah ditetapkan.

CARTA ORGANISASI PELAKSANA PROJEK

          
          Berikut adalah Carta Organisasi Pelaksana bagi projek kereta Shell Eco-Challenger ini. Kumpulan The Beetle ini terdiri daripada 14 orang ahli yang di ketuai oleh Mohd Farid B Mosin (Ketua Operasi), Maslina Bt Mohd Rasol (Setiausaha/ Unit Penaja), Suhaida Bt Rosli (Unit Kewangan), Ahmad Rizuan B Maluwi & Ahmad Hafizi B Ahamed Soffian (Unit Rekabentuk), Mohd Nazrul Faiz B. Mohd Nazori & Mohd Saifullizza B. Zulkafli (Unit Automotif), Muhamad Faathir B Basar, Nurulhaffizza Bt Salim & Loi Foo Cheong (Unit Pembuatan), Nurlydiawaty Bt Mustaffa Kamal & Noraini Bt Md Saad (Unit Elektrik & Elektronik), Rohasniza Bt Che Din & Purwatie Bt Buhaili (Unit Multimedia/ Jurufoto/Publisiti).

      Kami adalah pelajar tahun akhir bagi kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bharu.

     Setiap ahli kumpulan bertanggungjawab dalam setiap bahagian kerja yang telah ditetapkan oleh Ketua Operasi. Kerjasama dan semangat padu yang ditanam dalam setiap ahli akan membawa kepada kejayaan dan kecemerlangan dalam menyelesaikan amanah yang diberikan. 

LOGO KUMPULAN

THE BEETLE