Berikut adalah Carta Organisasi Pengurusan bagi projek rekacipta pada kali ini. Bertemakan Shell Eco-Challenger, projek ini telah diuruskan oleh En.Yusri Bin Kamin sebagai Penaung dan juga Pensyarah yang bertanggungjawab dalam mengawal serta menyelia setiap aktiviti dan pelaksanaan projek ini. Beliau dibantu oleh 4 orang tenaga pakar iaitu En. Shafeai B. Sukirman (Penasihat Bahagian Rekabentuk), En. Zainal Abidin B. Tukiman (Penasihat Bahagian Automotif), En. Ros Iskandar Zulkarnain B. Mansor (Penasihat Bahagian Pembuatan) dan En. Yusri (Juruteknik - tiada dalam gambar). Keempat-empat tenaga pakar ini bertanggungjawab dalam membimbing kami serta memberikan tunjuk ajar dalam membuat serta merekabentuk kereta yang akan kami hasilkan sepanjang tempoh yang telah ditetapkan.
No comments:
Post a Comment